-->
Farahin Shahadan

Wednesday, November 13, 2013

Surat untuk bakal bekas kekasih

Awak,
Buat apa tu?
Dah makan?
Ada sakit apa-apa?
Kerja okay?
Hari ni ada apa-apa nak mengadu tak?
Kalau semua orait, baguslah.

Awak,
Hari ni cinta masih kuat, rindu masih likat, harap awak sentiasa dekat.
Tapi masa depan kita tak boleh nak teka teka.
Mana tau esok hari tiada jodoh antara kita.
Maka itulah tujuan surat ini, sebagai penguat semangat.
Sengaja saya tulis dalam bentuk entri supaya awak tak boleh bakar sebab taknak ingat.

Awak,
Seperti malam boleh menjadi pudar,
Hujan boleh berhenti, bunga tidak berkembang,
begitu juga dengan perasaan.
Boleh sahaja perasaan itu kurang atau hilang tiba-tiba,
Tapi janganlah awak beranggapan ada kurang di pihak awak atau saya,
Itu mungkin kehendak Tuhan.

Kehendak Tuhan kena pasrah, tak boleh resah, parah atau marah-marah.
Dan jangan pula awak menyerah kalah.

Benda dah lepas, maka lepaskanlah.
Pegang masa depan dengan erat,
andai ia terlepas, awak baca semula ayat pertama perenggan ni.

Awak,
Biasakanlah hidup tanpa saya,
Risau-risau saya hilang tiba-tiba,
Hilang diambil Tuhan atau hilang tanpa berita.

Mungkin cinta sahaja tidak cukup,
mungkin bayangan wajah awak di siling setiap malam tidak cukup,
mungkin mimpi indah juga tidak cukup,
mungkin apa yang cukup mungkin juga tidak nampak cukup.

Deep kan ayat tadi?
Saya baru terpikir tu, terasa genius jugak.

Awak,
Jika hubungan kita berakhir,
dan saya kelihatan tidak peduli tentang awak,
percayalah, saya peduli.
Apa orang lain pikir, saya tak peduli.

Saya cuma tidak mahu mengganggu,
mengganggu hidup dan hati,
tak perlu ditunggu,
cukup jika awak bahagia dan tak pernah termangu.

Dalam cinta, tak ada tapi tapi,
Tak ada keputusan seri,
Perlu jelas dan sentiasa bererti.

Andai saya kalah memiliki awak,
maka saya terima segala kelemahan saya.
Andai awak kalah memiliki saya,
maka awak kena terima yang awak rugi gila.

Tiba-tiba, saya rasa melankolik,
rasa macam pasir masuk mata,
tapi jangan risau, bab sedapkan hati sendiri saya cukup terer.

Jika tanpa saya atau adanya saya,
benda paling penting awak bahagia,
awak bahagia, saya juga,
kalau rabak sikit sikit tu perkara biasa.

Saya sudahkan surat ini dengan ucapan maju jaya,
semoga cinta ada ruang,
semoga kita ada peluang,
andai semuanya terbuang,
jangan pernah berhenti berjuang.

Salam sayang teramat sayang untuk kekasih yang manis tapi kadang kadang bengis.


-Ihsan, Tertaktab
Posted by Farahin Shahadan at 11:59 PM 1 comment:

Friday, March 8, 2013

Bercuti di Bagan Lalang *entry penuh gambar, harap maklum*

Bercutilah sangatkan? HAHA. Maksudnya lebih kepada berhiburlah. Lepak dengan kengkawan lama sangat best tahu tak. Walaupun dah bertahun jugak ada yang tak jumpa, tapi takde apa yg berubah. Semua sesempoi macam dulu. Rasa macam memasing kecik kecik je lagi. Padahal semua dah layak kahwin dah.

Lepak dah lama dah cite dia, tapi kesuntukan masa membuatkan malas nak update. Neh esok tak kojo rajinlah den update sikit yo? Tahu, takdo sapo nak baco, tapi sajo yo nak ngabihkan maso jap hah. Asal gaduh yo dongan hitam tuh, kek sini lah tompek eden. Hihi

Bagan lalang, tompek yang di kobakan oleh Syikin. Kato eh, 'alahai, bagan lalang belakang rumah Keding je' Pernah lah dulu aku farah and keding nak try pergi. Belakang rumah keding lah sangat. Sekali sesat! Kali neh, aku aien atin keding syikin and her boyfie pergi bagan lalang. Jadikan jugak nak pergi sebab keding dah kebulur sangat nak pergi bagan lalang. Memasing plan nak potluck and as usual aku mana reti masak so aku bawak sandwich je. Hihi. Yang lain kemain beriya bawak spaghetti bagai. Syikin siap perap ayam lagi. Sampai sana hitam and pakwe Syikin tolong bakar and perempuan tolong makan. YES!

Kami semua pakai gelang yang Keding buat. Go go power rangers katanya! Rajin betul minachi neh nak buat souvenir untuk kawan-kawan. Barulah namanya KAWAN kan! Hihi

Sesi photoshoot dan memperasankan diri memasing sudah bermula. Nampak tak kipas aku pegang tuh berpusing. Betapa kuat angin masa neh. SANGAT!


Memasing muka nak epic! HAHA. Mempeerkenalkan, dari kiri Atin, Keding, Aien, him comel and lastly Syikin. 

Motif gambar adalah tayang gelang. Hihi

Alahai, tak berapa jelas plak gambar dari instant camera Syikin. Someday, gua nak beli sebijik jugak instang camera tuh. Hello Kitty version lagi!

Hah, aku memang saja nak bagi gambar terbalik. *annoying blog!*

Niat aku nak upload gambar lagi. Tapi semakin sakit hati plak ada yang tak keluar langsung ada yang senget benget macam atas neh. Whatever it is, I had a great time with them. Kawan, kita saling memerlukan. 

Yang tak bestnya, aku dengan itam je semangat nak mandi. Sekali air tak pasang lagi daaaa. Surut je. Aku tanya Syikin, biasa air pasang pukul berapa? Syikin, 'kau nak aku nyanyi ke? Air pasang malam surut pukul 5' Me, was like 'sokay, stop it' So, takde lah mandi hanya lepak ber BBQ and sesi photo shoot saja.

Balik hujan kemain lebat lagi. Then highway nak balik ke Putrajaya Dengkil banjir. First time ever highway huru hara sebab kereta semua patah balik *bayangkan*

Okaylah, sekian saja belitan utama saya.















Posted by Farahin Shahadan at 5:09 AM No comments:
Newer Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)
sedang mengintai

Thank you. Please come again

Farahin Shahadan

Farahin Shahadan
Sleep late, wake up late and still sleepy.

Blog Archive

  • ►  2015 (1)
    • ►  June (1)
  • ►  2014 (4)
    • ►  December (2)
    • ►  June (1)
    • ►  May (1)
  • ▼  2013 (2)
    • ▼  November (1)
      • Surat untuk bakal bekas kekasih
    • ►  March (1)
      • Bercuti di Bagan Lalang *entry penuh gambar, harap...
Simple theme. Powered by Blogger.