#Throwback
Nampak tak nampak tak tiket tu? Masa dapat tiket je jiwa dah berkobar-kobar nak pergi bercuti. Al-maklumlah boleh dikatakan pertama kali nak bercuti sendiri dan dan family izinkan. Bukan senang ibu abah nak lepaskan anak bongsu dia neh kemana-mana.
So, 2 Apr 14 aku gerak pergi Johor cadangnya nak tunggu kawan aku punya pacar balik kerja. Gerak lambat sikit masa tu lepas sembahyang jumaat. Sampai sana dalam 6 lebih lepak2 makan, malam terus gerak tumpang tidur dekat rumah kawan. Apartment PDRM lagi tahu. HAHAHA. Best rumah dia, ada kerusi urut gintel lagi. Part yang paling best, jimat course okay, tak payah nak bayar duit penginapan.
Cerita ke USS bermula, tiket neh aku beli dekat agent, kawan aku yang duduk Johor neh yang tolong belikan. So pagi2 kena naik bus pukul 7.20 am tapi biasalah kan janji melayu bus bertolak dalam pukul 8. Sebelum nak ke Singapore tu, akan ada 2 checkpoint. Kemain kau checkpoint. Berhenti chop passport dulu. Nak ke Singapore neh bapaklah jam oi! Semoga tenang siapa yang nak drive masuk Singapore
Arrgghhh, gua takde jiwa plak nak menaip tiba-tiba. Terus layan gambar je boleh?
Nampak tak muka bajet2 garang posing maut kemain tu? Kami sampai dalam 9 lebih, uss open pukul 10.00 AM. Apa lagi, bergambar sakanlah dulu.
Kemainkan nak effect fisheye. Monopod pun penting okay kalau nak selfie semua ada.
Inilah dia si itam tu. Yang dekat2 dengan globe tu for sure ramai manusia. Aku sarankan korang yang nak pergi nanti kedepan sikit macam neh biar dengan semua orang tu boleh masuk sekali dalam gambar kau.
#SesameStreet
#NewYork
Selfie masa tengah beratur nak main sesame street neh. Tak ingat nama game dia apa. Sampai pagi, so masa neh tak ramai sangat. Okay aku dah google tadi, nama game neh sesame street spaghetti space chase.
Semangat bebeno kawan aku neh kemana mana nak selfie. Siapa yang nak bawak anak tu, semua game dekat sini kena tinggi atas 75cm. Kalau tak terpaksa jadi macam kawan aku tu kena jaga anak dia dekat luar sebab anak dia tak lepas nak masuk.
Permainan sesame street neh more to budak-budaklah aku rasa. Tak adventure mana pun. Tapi okaylah, bestlah juga.
Belanja gambar poyo sikit. Kikiki
Lights, Camera, Action!™ Hosted by Steven Spielberg
Be blown away as an empty sound stage becomes the setting for a
major hurricane about to hit New York City - right before your very
eyes.
Hah, dekat sini sayang betul aku tak sempat nak masuk. Kepala masa neh dah pikir nak masuk Transformers je.
#Transformers
#SCI-FI CITY
Mata tu dah kenapa? Ini gambar dekat dalam Transformers tu.
Nak amek gambar bebetul celah kangkang transfomers tu kena beratur, bukan boleh pakai redah je. Panjang plak nak kena beratur tu, so we decided to amek dari jauh je lah. Pun bolehlah. Hee
Meh sini nak sembang kencang gurau bimbang sikit. Gua sarankan sampai-sampai je uss lepas-lepas bergambar tu teruslah cari transformers. Memang best! Tak menyesal, rasa nak beratur kali kedua tapi tak sanggup sebab ramai sangat masa neh. Rasa sendiri real 3D dia cemana. Seram, awesome semua ada. Lepas keluar daripada situ mesti kau tak habis sembang lagi pasal situasi tadi. Ibu mengandung, sakit jantung, mohon jangan cuba game neh. Kalau sakit gout aku tak sure boleh main ke tidak. *hambar*
Tapi, jangan terkejut sepanjang korang beratur tu nanti. Dari pintu masuk nak ke game dia tu punyalah punyalah makk oiii jauh bebeno. Berliku-liku plak tu. So, banyak-banyakkan bersabar masa tu. Make sure battery fon penuh, selfie lah sampai puas kalau dah menyirap sangat main game. tak pun berkenalan dengan orang lain yang tengah beratur tu juga. Foreigner ramai kat situ, apa lagi try nasiblah kot sangkut ke kan? Hihi
Dekat sini aku takde jiwa nak main, berpusing-pusing buat pening kepala je. So, next!
Nasib kau lah labu kalau kau tengah santai menikmati kehangatan uss then tiba-tiba ada orang suruh amekan gambar diorang 1 family -..-
#RevengeOfTheMummyReturns
#AncientOf Egypt
Inilah tempat kedua yang korang wajib masuk kalau nak ke uss. Game dia macam roller coster. Tapi lagi adventure babe. Tak tipu beb. Serious beb. Siap terbakar segala. Dah lah panas, bertambah panas aku kat dalam tu. Tapi nak masuk dekat Mummy returns neh tak boleh nak bawak beg, korang kena letak dalam loker. Tak kena bayar pun kalau letak sekejap tak lebih sejam.
Ini tahap beratur dia okay lagi, tak menguji kesabaran sangat macam transformers. Kau sembang-sembang dengan kawan-kawan, berangan kejap dah nak sampai dah. Tapi ikut jugalah kan masa tu ramai ke idok. Masa aku beratur tu ramai tapi tak lah berjela-jela sangat.
Dekat luar kawasan Ancient of Egypt neh ada abam abam ketak, tapi tak kuasa iols nak amek gambar dengan diorang, seram nokk muka diorang.
*gambar ihsan daripada google*
Al-kisah dengan treasure hunter neh, aku dengan si itam dah masuk dah beratur dah pun. Bila dah masuk dah nampak cemana, kami saling berpandangan 'nak naik ke? nak main ke? Macam tak best je?' Then cari emergency exit terus keluar balik. Kikiki.
Aku tengok mende neh kena naik kenderaan then ronda-ronda so macam tak adventure plus panas, itu yang kami batalkan niat tu.
#LostWorld
#JurassicPark
Owh, dekat sini takde gambar. Sebab bag aku suruh kawan aku pegangkan dulu. Sebab nak main dekat lost world neh peratusan kau akan basah adalah sangat sini. So lebih elok kau tinggalkan barang dekat kawan atau bawak rain coat sesiap.
Then dekat sini pun aku dapat main yang basah-basah tu je. Yang naik macam roller coaster tu dah takde jiwa nak beratur masa tu sebab tempat beratur dia takde bumbung. Tak gigih aku haih, paneh paneh nak beratur.
Sebenarnya kat lost world neh banyak aktiviti menarik tapi kami dah kebuluran plak. So lepastu niat terus ke tempat lain. Tapi, meh aku google kan.
Amber Rock Climb
Scale the walls of The Lost World to explore precious stones and fossilised insects.
Canopy Flyer
Enjoy a prehistoric bird’s-eye view as you soar over Jurassic Park.
Inilah yang aku nak main sangat-sangat tapi tak terdayo den.
#FarFarAway
#Shrek
Dekat sini aku sempat beraktiviti dua jenis je:
Shrek 4-D Adventure
See, hear and FEEL the action right from your seat as you join Princess Fiona & Shrek in a fairytale adventure.
Donkey LIVE
Sing along with Shrek’s sidekick Donkey as he hosts this interactive ‘live’ show.
Donkey life show neh ada setiap sejam. Kalau dah penat berjalan, rehatkan diri dekat sini, hall ada aircond and live show dia best. Funny sangat Raul and donkey tu. Sampai sekarang aku fikir cemana donkey dekat screen tu boleh berinteraksi dengan audience.
Magic Potion Spin and Enchanted Airways
Bukan tak sempat nak main, tapi tak jumpa dekat mana. Lagipun masa tu dah petang so malas nak mencari dah. Kami pun move on ke lokasi seterusnya.
#Madagascar
Masa memula sampai sini, serba salah nak masuk. Sebab takde orang beratur panjang-panjang. Dalam 5 minit kau tunggu terus boleh main. Ini pun adventure dalam air, tapi takde lah kuyup macam main lost world. So tak perlu pakai rain coat kot.
For me, budak-budak sukalah kot bila masuk dalam neh. Sebab kartun Alex, Marty, Melman and Gloria dekat dalam tu banyak sangat and nampak macam real je. So, saya bagi 3 bintang!
king julien's beach party-go-round
Lagi satu permainan dekat Madagascar neh, tapi tak kan lah aku nak naik. Segan je rasa, takut retak natang tu nanti kang.
So, habis sudah cerita bermain itu ini aku di USS.
Pesanan ringkas dari aku:
1. Jangan pakai baju kemas-kemas sangat, jangan pakai baju tebal. Kalau boleh t-shirt je. Nak juga pakai baju tebal, nanti engko akan rasa penyesalan macam aku.
2. Jangan lupa bawak tisu basah. Toilet dekat sana luas, besaq. Tapi dalam 20 toilet yang ada, ada 1 je yang akan ada paip air. Lebih kurang gitulah. Selain boleh buat cuci ehem-ehem, tisu basah juga boleh tepek kat muka engko bila ko hangat dekat situ nanti.
3. Rain coat, perlu kalau kau seorang yang takutkan air.
4. KIPAS! Wajib sangat nokkk kena bawak. Hangat weyh, kat dalam tu. Engko pergi Singapore je tahu. Jangan fefeling pergi luar Malaysia cuaca sejuk. No no no. Kau pergi beli kipas dekat Daiso je baru 5 hengget.
5. Yang gadis berhijab, aku sarankan pakai je lah tudung bawal plain 5 hengget selai tu. Tak payah nak pashmina bagai, terseksa jiwa raga nanti. Aku yang pakai wide crumple shawl pun dah berkipas-kipas.
Okay, itu pesanan ringkas dari aku. Selamat bercuti.
Pasal kalau nak cari gift dekat sana toksah lah dok compare harga dengan MYR, memang akan terasa mahal sangat. Tapi, bila lagikan nak beli souvenir alang2 dah sampai sini. Ini aku belanja gamba sekeping dua.
Yang atas aku aku beli 5 magnet fridge 20 dollar Singapore. So, darablah dengan rm 2.51. Yang bawah mahal sikit, $ 8.90 satu saja.
Tapi aku sarankan kalau nak beli something dekat sana tolong jangan ada perasaan macam neh 'kita jalan lagilah, mana tahu dekat tempat lain murah' takde, takde maknanya. Semua sama je. Bezanya dekat dalam uss ada 1 kedai jual keychain 3, $18 tapi dekat luar uss yang gift shop dekat luar tu takde. Tshirt untuk perempuan paling murah pun $ 21.90 aku dapatlah selai.
Okaylah, sekian sahaja daripada saya. Selamat bercuti. Selamat berlecak ketiak. Selamat berlenguh kaki kepada yang nak ke USS.
Muka penat berjalan tapi bahagia bercuti. Kbai