Kau,
Seringkali buat aku jatuh cinta
Selalu juga buatku tersenyum manja
Teringatkan kau saja sudah boleh buat aku jadi gila.
Kau,
Siapa kau di hati ini
Membuatkan aku sendiri tidak pasti
Hati ini gelisah bila kau tiada disisi
Seperti mahu bertemu setiap hari.
Tetapi siapa kau,
Yang tidak pernah berjanji untuk bersama
Yang tidak pernah mengaku kata cinta
Sekadar hadir untuk sementara
Walaupun sekadar sementara, namun aku bahagia.
Nukilan daripada,
Farahin Shahadan

No comments:
Post a Comment