-->
Farahin Shahadan

Tuesday, December 9, 2014

Puisi kerja malam: Hati



Hati,
Mengapa kau sering disakiti
Mengapa kau sering terluka sendiri
Apa yang telah kau lakukan sehingga diperlakukan sebegini
Tidak kah kau mahu bahagiakan diri ini?

Hati,
Jangan engkau berpaling lagi
Sentiasalah teguh pada janji
Juga setia pada yang selalu menemani
Hanya pergi bila sudah tidak di perlukan lagi.

Hati,
Aku sudah tidak tahan,
Untuk menjaga engkau lagi
Ku harap engkau pandai menjaga diri selepas ini
Juga, semoga engkau tabah dengan apa yang engkau bakal hadapi
Aku akan undur diri.


Nukilan daripada,
Farahin Shahadan


Posted by Farahin Shahadan at 8:48 AM No comments:

Monday, December 8, 2014

Puisi kerja malam: KAU




Kau,
Seringkali buat aku jatuh cinta
Selalu juga buatku tersenyum manja
Teringatkan kau saja sudah boleh buat aku jadi gila.

Kau,
Siapa kau di hati ini
Membuatkan aku sendiri tidak pasti
Hati ini gelisah bila kau tiada disisi
Seperti mahu bertemu setiap hari.

Tetapi siapa kau,
Yang tidak pernah berjanji untuk bersama
Yang tidak pernah mengaku kata cinta
Sekadar hadir untuk sementara
Walaupun sekadar sementara, namun aku bahagia.

                                                                                                               


Nukilan daripada,
Farahin Shahadan




Posted by Farahin Shahadan at 7:20 AM No comments:
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)
sedang mengintai

Thank you. Please come again

Farahin Shahadan

Farahin Shahadan
Sleep late, wake up late and still sleepy.

Blog Archive

  • ►  2015 (1)
    • ►  June (1)
  • ▼  2014 (4)
    • ▼  December (2)
      • Puisi kerja malam: Hati
      • Puisi kerja malam: KAU
    • ►  June (1)
    • ►  May (1)
  • ►  2013 (2)
    • ►  November (1)
    • ►  March (1)
Simple theme. Powered by Blogger.