Hai gais, rasa macam setahun dah tak update blog. Kemalasan tambah dengan meluat. Meluat pasai apa ni? Biarlah rahsia kata Dato' Siti. Hari ni nak campak belakang sikit. Last two weeks celebrate Party bujang dengan kawan-kawan yang dah nak kahwin. Rasa macam first time sebenarnya bercuti dengan kawan-kawan sekolah ramai-ramai ni. If tak seketul dua je muka yang ada if ajak kemana-mana. Maklumlah, semua dah ada kerjaya sendiri, yang duduk jauh pun ada. Ni sempatlah masing-masing luangkan masa sementara bujang ni. Tapi sayang, Ika tak dapat join. Kerja butik nak kena deal dengan customer, gitulah.
So semua sepakat 30/5/2015 sampai 31/5/2015 bercuti dekat Glory Beach Resort. Murah pun murah 1 malam RM300 je. Bahagilah dengan 10 orang yang pergi. So, tolak tambah dengan duit makanan untuk bbq and tshirt tak sampai RM100 pun. Betul-betul percutian bajet ni. Tp resort ni ada dua bilik and 1 bilik air je. Part nak tunggu sorang-sorang mandi tu yang habis masa dengan situ. Maklumlah perempuan. Mesti lebih 10 minit punya mandi.
Location: Glory Beach Resort
Theme: Free and Easy
Date: 30/5/2015 - 31/5/2015
Bride to be: Fatin (16/8/2015) Syikin (3/10/2015) Zureen (31/10/2015) Aien (Nov 2015)
Beware: Picture Overload
Okay ready nak bertolak dah. Masing-masing muka excited. Ni 1 kereta je, lagi 1 gerak daripada Seremban and pick up Lekit and Keding yang dari Johor nun tu. Lagi 1 kereta, memang gerak lambat. Macam-macam hal nak setel dulu katanya.
Pemandangan dari luar bilik
Sementara tunggu yang lain sampai, bergambar berempat dulu lah.
"Sweet is the memory of distant friends!
Like the mellow rays of the departing sun,
it falls tenderly, yet sadly, on the heart."
Night - Bbq time!
Nampak, muka siapa yang kerja keras tu? Alhamdulillah semua cukup makan siap berlebihan lagi.
Keesokan harinya - 31/5/2015
Bangun pagi-pagi sebab nak repeat amek gambar pakai baju tempah khas ni.
Bila guna self timer ginilah jadinya. Semua kata dah dah, masing-masing berebut nak tengok hasil gambar, last last jadi gini. hewhew
Ada yang ready ada yang tak. Gasaklah nakkk. Air pun tak pasang lagi masa ni. Hampa betul nak mandi laut masa ni. Hmmmm
Tak tahu apa nama natang ni, tapi memasing excited nak naik. Dekat glory ni ada 1 je yang buat aktiviti air ni. Ada banana boat dengan benda ni je then pakcik tu tak boleh nak bagi kurang langsung. Dia kira 1 kepala RM15. Aku rasa cam mahal lah kot. Tapi alang2 dah sampai kan tak kan tak nak naik langsung. So, bedal lah naik jugak kemain excited masing-masing. Laju plak tu pakcik tu bawak. Ada a few times rasa macam nak jatuhhhh je tapi tahan. Tak sanggup aku jatuh tengah-tengah pulau. Dok pegang penahan tu sampai merah-merah tangan. Bila balik, mendapat sakit bahu segala.
Last station saying goodbye. Sebab yang dari Johor kena balik awal. Masing-masing muka tahan panas. hee
Eagle Ranch, Port Dickson
Baik je kuda ni.
Cantik bukan Eagle Ranch ni.
Ready to race. First time memasing nak main go kart kecuali yang depan sekali tu.
I am the winner! Yeayyy. Hee
Tengah tekun dengar cara-cara nak main archery ni. Paham-paham tapi bila try semuanya shoot seladang dekat dalam hutan tu, tersasar jauh. Hmmm. Takpe lah first time kan?
Masing-masing dah penat esok kerja moh lerrr kita pulang.
Nota kakitangan:
Gambar ni tertangkap guna camera kawan aku. Bila sekali tengok macam asap bbq. 2,3 kali tengok meremang bulu roma. Ada terbaca yang Glory beach resort ni memang berhantu, betul ke?

1 comment:
LuckyClub | Live Casino UK | Live Casino UK
Lucky Club, an online Casino UK with over 2000+ games, offers you an amazing online gaming experience 카지노사이트luckclub for just £50. Rating: 5 · 1 vote
Post a Comment